Tips Merancang Jantina Anak

Pasangan yang sedang merancang untuk timang cahaya mata mesti juga ada yang sedang mencongak-congak jantina anak.


"Nak anak sulung lelaki supaya boleh jaga keluarga." 

"Nak anak perempuan ramai supaya boleh bantu jaga adik-beradik & kerja rumah." 

"Nak anak kembar terus lah! Pakej sekali bersalin."

"Nak anak sepasang lelaki & perempuan."

Hari ini MamiKnur ingin berkongsi Tips Merancang Jantina Anak.  Moga bermanfaat! ๐Ÿ˜

➡ PEMAKANAN
Mengikut hasil kajian Prof. Roger Hanrion & Dr. Francois Papa, pakar perbidanan & sakit puan di Por Royal Hospital, Paris; mereka mendapati: 


๐Ÿ‘ฆUntuk mendapat anak lelaki ibu disyorkan supaya memakan makanan yang mengandungi lebih daging, buah-buahan dan bergaram.

๐Ÿ‘ง Untuk mendapat anak perempuan pula, makanlah makanan yang kaya dengan lemak dan juga makanan yang dibuat daripada tenusu.

Menurut kajian tersebut, bagi ibu yang mengikuti cara pemakanan tersebut kebarangkalian peluang untuk mendapat anak yang dihajati adalah diantara 75% - 80%. Bagi yang tidak mengikutinya pula akan menurun menjadi 60%-55% sahaja.

➡ KIRAAN WAKTU SUBUR


๐Ÿ‘ฆ Untuk mendapat anak lelaki, persetubuhan perlu dilakukan pada hari subur.

๐Ÿ‘ง Untuk mendapat anak perempuan pula, persetubuhan perlu dilakukan 24 jam sebelum waktu subur.

Keadaan ini dipengaruhi oleh sperma daripada lelaki yang terdiri daripada sperma berkromosom X dan Y. Manakala benih wanita terdiri daripada kromosom X sahaja.

Dikatakan bahawa sperma Y boleh berenang lebih laju tetapi pendek jangka hayatnya iaitu 24jam. Sperma X pula berenang perlahan tetapi lebih lama jangka hayatnya melebihi 24jam.

Apabila sperma Y bersenyawa dengan benih X wanita akan membentuk kromosom XY iaitu bayi lelaki. Manakala jika sperma X bersenyawa dengan benih X wanita akan membentuk kromosom XX iaitu bayi perempuan.

➡ TAHAP KEASIDANAN

Tahap keasidan lendir di dalam kemaluan wanita dikatakan boleh menentukan jantina anak.


๐Ÿ‘ฆ Untuk mendapat anak lelaki pula, cecair berkenaan perlulah berkeadaan alkali. Oleh itu, dicadangkan supaya wanita membasuh kemaluan dengan “bikarbonat” yang beralkali sebelum melakukan persetubuhan.

๐Ÿ‘ง Untuk mendapat anak perempuan cecair berkenaan perlulah berkeadaan asid. Oleh itu, dicadangkan supaya wanita membasuh kemaluan dengan sedikit asid cair sebelum melakukan persetubuhan.

➡ TAHAP ORGASM ISTERI

Dipercayai juga bahawa jantina anak boleh ditentukan oleh tahap orgasm atau kepuasan isteri semasa melakukan persetubuhan, iaitu:


๐Ÿ‘ฆ Untuk mendapat anak lelaki, isteri perlu mendapat kepuasan yang tinggi kerana ianya akan mengeluarkan cecair beralkali apabila ia mendapat kepuasan semasa persetubuhan. Dalam keadaan yang beralkali akan meransang pergerakan benih Y.

๐Ÿ‘ง Untuk mendapat anak perempuan pula, isteri tak perlu mendapat kepuasan yang tinggi bagi mewujudkan keadaan berasid yang seterusnya akan meransang pergerakan benih X.

Walau apapun kita hanya berikhtiar & selebihnya kita serah pada yang Maha Esa. Bayi lelaki atau perempuan, kedua-dua jantina pun punya keistimewaan tersendiri. ๐Ÿ˜Š

Sharing is caring!

Bagi yang sedang mencari supplemen untuk kesuburan suami isteri, juga boleh hubungi untuk dapatkan daripada MamiKnur.๐Ÿ˜‰

Knur Surayati Razali
Pengedar Shaklee Kota  Kinabalu
(ID: 931779)
Contact: 016-8429181

Read more: 

Comments

Post a Comment

Popular Posts